BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, June 11, 2011

yok dengar muzik...

Assalamualaikum...


Muzik bukan sahaja digemari oleh golongan remaja dan dewasa.Bayi dan kanak-kanak juga amat senang dan tenang dengan muzik apabila muzik yang digemari dipasang semasa mereka hendak tidur atau dalam kereta ketika dalam perjalanan untuk menuju ke sesuatu destinasi.

Bayi dalam rahim juga boleh memberi tindak balas terhadap muzik yang mereka dengar. Menurut satu kajian, sekumpulan bayi yang ibunya mendengar muzik setiap hari sehingga pada saat kelahiran kelahiran lebih mudah dipujuk dengan mendengarkan irama bertema selepas beberapa minggu dilahirkan. Perkara ini amat berbeza dengan bayi yang tidak mendengar muzik - mereka kurang menunjukkan tidak balas.



Ibu yg sedang ngandung ley jgk dgrkan baby mereka lagu or klu org islam selawat mahupun surah lg better..

Bayi selalunya gemar berbaring dan anda boleh menggerakkan anggota badan mereka sambil menyanyi, malah penggunaan instrumen muzik seperti loceng digalakkan untuk merangsang pendengaran dan penglihatan mereka. Sehinggalah mereka memasuki zaman kanak-kanak, muzik dan alatan muzik sangat disukai oleh mereka dan mereka begitu gembira jika dapat mengikut beberapa perkataan yang dinyanyikan oleh anda serta boleh menggunakan alat muzik yang terdapat di sekitar mereka.

Muzik juga membantu anak-anak menambahkan lagi kemahiran yang ada pada mereka. Ini kerana apabila mereka minat pada muzik, kita akan membelikan satu jenis alatan atau instrumen muzik untuk mereka berlatih menggunakan instrument tersebut. Secara tidak langsung mereka bukan sahaja boleh mendendangkan lagu tersebut dengan baik, malah mereka juga akan mahir menggunakan alat muzik dan mampu mengenal nota-nota muzik.



baby pon di dengarkan dgn muzik tau tuk kawal emosi mereka. ni berlaku kat luar negarala..


Kesimpulannya, anak-anak yang didedahkan dengan muzik seawal mereka dalam kandungan lagi lebih senang untuk ditenangkan dan mereka juga lebih aktif daripada kanak-kanak lain. Malahan penggunaan muzik dan irama dalam kehidupan mampu memberikan kedamaian dan keharmonian dalam sesebuah keluarga serta muzik juga berupaya mengurangkan tekanan dalam kehidupan sehari-harian. Lebih daripada itu kita dapat mengelakkan anak-anak terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat dan tidak berfaedah.




tp, jgn la muzik yg macam ni yer...ni bkn menenangkan tp membenggongkan lg adalah....




ITULAH PENTINGNYA MUSIC EDUCATIONNNNN !









0 comments:

 
hak milik AZIAH MUHAMMAD tidak boleh dicopyright!