BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 8, 2011

OH LELAKI!

Assalamualaikum semua.....


Entri aku kali ni ada sedikit berunsur emo sedikit. bukanla niat untuk menghina, mengutuk atau menjatuhkan semua lelaki-lelaki yang ada dekat luar sana...& aku tau bukan semua lelaki yang bersikap begitu. cuma kadang-kadang lelaki ni sukar untuk kita predict tentang dorg..oh men!

berkongsi satu kisah yang berlaku kepada seorang kawan yang mana husbandnya ingin berpoligami. bercerai dalam masa 2 hari kemudian rujuk kembali. namun, apa yang berlaku cuma sekadar rujuk aje mungkin dengan niat untuk gantung tak bertali or watever. yang jadi peliknya husband dia ni dulu adalah seorang lelaki yang katanya anti-poligami. well, skrg semua berubah dengan sekelip mata.

bila kes macam ni berlaku, aku jadi pelik. apa sebenarnya yang segelintir lelaki2 di luar sana ingin pada isteri2 mereka. hendak di katakan tiada zuriat, kawan aku tu ada 3 orang anak. lengkap ..lelaki or perempuan sume ada (bukan apa, kdng2 lelaki ni pandai..ada anak perempuan konon nak anak lelaki & sebaliknya..ye la cari point untuk kawin lg..tu semua point tu bila g kat Mahkamah Syariah nanti. tu satu hal. yang lebih kukuh plak depa2 ni sume bole cakap nak 'anak' incase yang isteri x bole bagi depa anak la..tu sume SEBAB..Oh MEn!

tapi seperti yang aku cakap la tadi, x semua lelaki berperangai begini. mungkin segelintir. tp bak kata pepatahlah 'kerana nila setitik rosak susu sebelanga' 'kerana jantan dua tiga orang, sume jantan dipanggil durjana' wuwuwuw....

sedih bila mengenangkan nasib kawan aku tu. lebih menyedihkan lagi bila memandang wajah mulus anak2 yang masih kecil yang perlukan kasih sayang seorang ayah. tapi, apa nak buat c ayah lebih mementingkan 'bakal mummy baru'.

buat Akak (nama dirahsiakan), semoga akak tabah menghadapi dugaan yang maha hebat ini. ingatlah, Allah sentiasa bersama akak.. banyakkan berdoa. & ingatla..masih ramai orang yang menyayangi akak terutama anak-anak.

kisah ini sedikit sebanyak menyentuh nurani aku sebagai seorang perempuan, isteri dan ibu. smoga perkahwinan yang dibina atas dasar cinta ini akan terus berkekalan. apa yang mampu aku lakukan adalah berdoa kepada tuhan agar dijauhkan...























0 comments:

 
hak milik AZIAH MUHAMMAD tidak boleh dicopyright!