BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, June 12, 2011

Make up lady gaga..

Assalamualaikum...




Jom cuci2 mata tgk make up yg dconteng pd muka lady gaga.












penekanan sumenya pada matakan???












Saturday, June 11, 2011

Lusa da naik sekolah...

Pejam celik pejam celik pejam..celik blk da nak naik skola..kejapnya rasa walaupun da cuti 2 minggu. Rasanya cuti skola kali ni yang paling besh wooo...dapat g holiday. sakanla jugaks perabih duit..huhuhu. Pasni jawabla bila naik skola, siryes x cukup kaki tangan buat keje. Padan muka haku. Tapi xpe, demi untuk anak bangsaku ..aku relakan sumenya..(tetiba semangat naikla pulok)

....Dan seperti biasa rutin aku akan bermula semula. kene bangun pukul 5. tuk sesiap kan pape yg patut. aku mmg dr zaman dulu lagi suka buat keje last minute. Kadang2 sanggup bersusah payah tuk bangun awal semata2 nak gosok baju kerja padahal mlm sebelumnya bole buatkan. Tapi disebabkan sifat 'last minute' lg trill tu la yang membuatkan aku terkocoh2 waktu pagi. bila da macam tu baru la nyesal dan pikir nape la x buat dari malam.haih!..apa pun semuanya da tlambat tipah oiii...ditambah lagi sifat yang da tertanam dalam diri iaitu termenung depan pintu almari tuk pilih baju mana yang aku nak pakai. Lagi la menambahkan kelambatan aku..rase nak lempangkan??

Tapi nak buat macamana, da mmg perangai aku dr dulu lagi..tetiba,teringat masa zaman skola dulu2. bila sebut 'last minute' mestilah hari sabtu or ahad before naik sekolahlah kan..tul tak? Masa ni la baru teringat........



kasut skola belum basuh,,



baju skola blum gosok,,,,,
;
;
;
;

dan yang paling haru...




homework tak siap lagi.... uwwwwwaaaaaaaaaaa


Sume tu kenangan dan membawa sampai sekarang. selamat aku kawin x last minutekan kalau x sure naya...hahahaha.

apa pun sume memori terpahat kat hati aku..(touching rasa). ..lepas ni aku bertekad untuk tidak buat kerja last minute lagi...tp bole ker????wuwuwuw




p/s: rindu rasa nak pakai baju ni semula....hu3




yok dengar muzik...

Assalamualaikum...


Muzik bukan sahaja digemari oleh golongan remaja dan dewasa.Bayi dan kanak-kanak juga amat senang dan tenang dengan muzik apabila muzik yang digemari dipasang semasa mereka hendak tidur atau dalam kereta ketika dalam perjalanan untuk menuju ke sesuatu destinasi.

Bayi dalam rahim juga boleh memberi tindak balas terhadap muzik yang mereka dengar. Menurut satu kajian, sekumpulan bayi yang ibunya mendengar muzik setiap hari sehingga pada saat kelahiran kelahiran lebih mudah dipujuk dengan mendengarkan irama bertema selepas beberapa minggu dilahirkan. Perkara ini amat berbeza dengan bayi yang tidak mendengar muzik - mereka kurang menunjukkan tidak balas.



Ibu yg sedang ngandung ley jgk dgrkan baby mereka lagu or klu org islam selawat mahupun surah lg better..

Bayi selalunya gemar berbaring dan anda boleh menggerakkan anggota badan mereka sambil menyanyi, malah penggunaan instrumen muzik seperti loceng digalakkan untuk merangsang pendengaran dan penglihatan mereka. Sehinggalah mereka memasuki zaman kanak-kanak, muzik dan alatan muzik sangat disukai oleh mereka dan mereka begitu gembira jika dapat mengikut beberapa perkataan yang dinyanyikan oleh anda serta boleh menggunakan alat muzik yang terdapat di sekitar mereka.

Muzik juga membantu anak-anak menambahkan lagi kemahiran yang ada pada mereka. Ini kerana apabila mereka minat pada muzik, kita akan membelikan satu jenis alatan atau instrumen muzik untuk mereka berlatih menggunakan instrument tersebut. Secara tidak langsung mereka bukan sahaja boleh mendendangkan lagu tersebut dengan baik, malah mereka juga akan mahir menggunakan alat muzik dan mampu mengenal nota-nota muzik.



baby pon di dengarkan dgn muzik tau tuk kawal emosi mereka. ni berlaku kat luar negarala..


Kesimpulannya, anak-anak yang didedahkan dengan muzik seawal mereka dalam kandungan lagi lebih senang untuk ditenangkan dan mereka juga lebih aktif daripada kanak-kanak lain. Malahan penggunaan muzik dan irama dalam kehidupan mampu memberikan kedamaian dan keharmonian dalam sesebuah keluarga serta muzik juga berupaya mengurangkan tekanan dalam kehidupan sehari-harian. Lebih daripada itu kita dapat mengelakkan anak-anak terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat dan tidak berfaedah.




tp, jgn la muzik yg macam ni yer...ni bkn menenangkan tp membenggongkan lg adalah....




ITULAH PENTINGNYA MUSIC EDUCATIONNNNN !









Friday, June 10, 2011

CHICKEN POX, WHY ME?????

Masa perjalanan blk dr holiday kat KL itu aritu aku rasa mcm gatal2 kat kulit. En somi kata dia pun kene gak. Maybe pepijat banyak sangat kat tilam hotel yg kami menginap tu. So aku pun buat bodo suda..then masa dlm kete untuk blk ke jb lak, tetiba aku nampak gatal2 aku tu membentuk sesuatu. Besar beb bintatnya. Takkan plak pepijat kot. Then maybe kitorg pikir lak kene gigit nyamuk. So smpai jb, macam biasala mesti singgah rumah mak dulu. Masa tu aku tengok bintat kat tangan makin besar smpi aku rasa tangan aku ni macam bengkak semacam. Dah la 2 bukan 1 tp bnyk..melarat2 smpi ke badan, perut dan kaki.aku makin x tahan dengan kegatalan yang melanda. So en somi buat keputusan untuk bawa aku ke klinik. Sampai d klnk doktor chek la aku, kemudian dengan nada tenang doc cakap aku kene chicken pox. wuwuwu..sedeynya rasa. until now chicken pox aku masih lum ada tanda-tanda tuk baik.waaaaaa...why me yg kene???


ni la dia yang duduk kat tangan aku. paling besar ni..mak kata ni 'ibunya'...huhuhu


Aku pun tanya la pada en somi apa dia simptom2 chicken pox tu? x bole makan apa? kene minum air kelapa ker tak? betul ker x bole masak especially goreng2 mcm mak cakap? (yeay!x payah masak..:)) ...Tp en somi cakap dia tak ingat sbb dia kene masa kecik2. dia pakat gelak sbb dia kata rerata yg kene chicken pox ni masa kecik tp aku da jadi mak org baru kene...argghhhh..sangat jahat. so, sesapa yang nak tau info berkaitan chicken pox, ni dia aku share...let's baca together2..

CHICKEN POX


Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox


Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.

QUAKER OAT & SUSU FERNLEAF

Assalamualaikum...

Pagi ni cuaca cerah jer..tak panas tapi mcm nak ujan. harap-harap tak ujan la sbb aku dah sidai baju tu kat luar..huhuhu. ok back 2 d story, sbnrnya nak citer berkaitan Quaker oat plus susu fernleaf yg aku duk makan tiap2 pagi sekarang ni. Inisiatif makan-makanan berkhasiat seperti ni pun bila 1 ari en somi cakap yang kami perlu jaga makan. Dia cakap sejak akhir-akhir ni kawan-kawan dia ramai yang meninggal sebab kolestrol tinggi.OMG!

Disebabkan takut aku pun laju2 g jusco kat area rumah tuk beli something yg bole kurangkan kolestrol la kannn..so aku pun diberi advice oleh sorg salesgirl ni suh makan quaker oat. quaker ni bukan saja ley kurangkan kolestrol tp ia baik untuk bantu penghadaman.so klu korg nak kuruskan badan pun boleh la makan quaker ni. aku pun apa lagi dgn sikap yg tamak haloba trus beli pack yg besar dan x lupa juga susu tuk dicampurkan. salesgirl tu kata klu makan dengan susu lagi besh wooo.



plus





Balik umah, dan2 aku terus buat 2 cawan quaker oat + susu untuk aku dan en somi la..bila dia tgk jer cawan dia tetiba dia buat muka. Aku pun trus je makan sbb aku x kesah bab2 susu ni. Rupa nya en somi x ley minum susu tepung (ngegadakan?). tp dgn semangat yg kuat & dorongan dari aku, dia berjaya juga habiskan minum.yeay!!

Tp last word yang kuar dari mulut dia ialah..'yang, bila da campur susu macam muntah kucing ek??' grrrr....muntah kucing dia kata. last2 skrg aku sorg jer yg masih minum quaker oat ni...jahat tau!wuwuwuw

Thursday, June 2, 2011

TIPS & PETUA...

Assalamualaikum...


Ari ni aku nak citer ckit psl tips & petua yang kite ley amalkan. Maklumla, kdng2 petua2 ni bgus gak lebih2 lg tuk org2 muda cam aku ni..(muda ker???hehehe)...apa org kata lebih alami...ermm k la x nak cter panjang cebaca cebaca k...:)

Epal

setiap kali potong buah epal, korg perasan x warna dia kan cepat lebam. klu aku tgk da lebam je kompom campak dlm tong smpah. So utk elakkan korg membazir cam aku, korg ley la rendam epal yang telah dipotong td kat dlm mangkuk yg berisi air yang da dicampurkan ngan garam..so settle dan ley hidang..tadaaaaa



Tomato

untuk meranggupkan tomato yang terlalu ranum dan lembik (sebab terbior lama kat peti sejuk), rendamkan tomato tu dalam air sejuk yang telah dicampur dengan sikit garam. pastu masukkan semula dalam peti sejuk dan biarkan semalaman. kompom pas2 tomato korg akan fresh balik..klu aku da wat masker da..hihihi.


Cendawan

Cendawan kan susah kite nak bersihkan kan?? khususnya cendawan butang. cara utk bersihkan cendawan ni dgn mudah ialah dgn mengelapnya gunakkan kain lembap bg membuang kotoran pada permukaannya. pastu pisahkan kepala cendawan dari batangnya supaya kotor2 kat dlm cendawan tuh dapat dibuang..mana tau ada serangga ker kumbang ker tersorok kat bawah kepada cendawan tuh..kang klu x cuci bersih alih2 dlm sup cendawan korg ada serangga lak..x ker naya tuh!




Selamat mencuba!

Tuesday, May 24, 2011

Exam week....

Assalamualaikum....

This week merupakan exam week kat skol aku...kire rileks ar ckit xdela terkejar2 sgt ala2 santai gitu dtg skol..padahal lps ni menimbun skrip murid yg kene tanda..arghh...aku akn try settlekan 2 nnt dun worry la.chaiyok2 Aziah!.hahaha...
Apa yg aku nak kongsi citer ni psl slh 1 comment kwn aku ttg prestasi ank dia...wah, kagum aku..
alhamdulillah..keputusan exam aiman cemerlang..semua A+ ..paling xsangka math 100%..papa n mama confuis kejap..sbb setiap kali ajar formula yg dia create mcm xbtl..tp jawapan confirm betul..so. doa je la dan xharap math dia akan dpt A+ ..tp bile tgk result dgn paper exam dia..wah kena bg ganjaran ni..tahniah aiman..
Bila duk pikir2 blk...mcmana la nnt bila danish g skol? ley x dia dpt apa yg cikgu ajar..tgk ank org lain berjaya aku pon nak gak la jd mcm tu..smoga danish ley jd ank yg bijak pandai mcm abg aiman. for Murni Rahayu...syabas krn berjaya mnjadi ibu yg comel mendidik anak2 mu...LOL!

 
hak milik AZIAH MUHAMMAD tidak boleh dicopyright!