BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, June 10, 2011

CHICKEN POX, WHY ME?????

Masa perjalanan blk dr holiday kat KL itu aritu aku rasa mcm gatal2 kat kulit. En somi kata dia pun kene gak. Maybe pepijat banyak sangat kat tilam hotel yg kami menginap tu. So aku pun buat bodo suda..then masa dlm kete untuk blk ke jb lak, tetiba aku nampak gatal2 aku tu membentuk sesuatu. Besar beb bintatnya. Takkan plak pepijat kot. Then maybe kitorg pikir lak kene gigit nyamuk. So smpai jb, macam biasala mesti singgah rumah mak dulu. Masa tu aku tengok bintat kat tangan makin besar smpi aku rasa tangan aku ni macam bengkak semacam. Dah la 2 bukan 1 tp bnyk..melarat2 smpi ke badan, perut dan kaki.aku makin x tahan dengan kegatalan yang melanda. So en somi buat keputusan untuk bawa aku ke klinik. Sampai d klnk doktor chek la aku, kemudian dengan nada tenang doc cakap aku kene chicken pox. wuwuwu..sedeynya rasa. until now chicken pox aku masih lum ada tanda-tanda tuk baik.waaaaaa...why me yg kene???


ni la dia yang duduk kat tangan aku. paling besar ni..mak kata ni 'ibunya'...huhuhu


Aku pun tanya la pada en somi apa dia simptom2 chicken pox tu? x bole makan apa? kene minum air kelapa ker tak? betul ker x bole masak especially goreng2 mcm mak cakap? (yeay!x payah masak..:)) ...Tp en somi cakap dia tak ingat sbb dia kene masa kecik2. dia pakat gelak sbb dia kata rerata yg kene chicken pox ni masa kecik tp aku da jadi mak org baru kene...argghhhh..sangat jahat. so, sesapa yang nak tau info berkaitan chicken pox, ni dia aku share...let's baca together2..

CHICKEN POX


Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox


Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.

0 comments:

 
hak milik AZIAH MUHAMMAD tidak boleh dicopyright!